Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 


        UTAMA                                        PELANCONGAN                  MERDEKA51
BETAMEDONLINE
DIKIR BARAT- ASAL USULNYA
Salam Hormat!

            BMI TOURISM CHANNEL bertujuan memperkenalkan seni budaya,  kehidupan,  perkhidmatan,  perushaan,  hasil kraf,  tempat-tempat bersejarah,  keindahan alam semula jadi dan lain-lain yang unik,  yang hanya terdapat di Malaysia.

Halaman ini merupakan satu inisiatif BETAMED ICT sama-sama membantu membangun dan memajukan produk-produk pelancongan yang terdapat di Negara ini.  Kami berharap laman ini dapat membekalkan apa juga maklumat dan penerangan yang diperlukan oleh para pelawat ke Malaysia.

Kami harap juga khidmat yang kami sediakan ini menjadi satu bahagian penting dalam usaha dan aktiviti kerajaan memajukan industri pelancongan di Malaysia.

Kami akan bantu dengan penerangan selengkap yang boleh mengenai program dan aktiviti pelancongan yang diatur dan disediakan oleh agensi-agensi dan badan-badan berkenaan.

Secara amnya halaman ini mengandungi bahan-bahan yang melibatkan berbagai aspek pelancongan dan tempat-tempat atau aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di Malaysia.    Antara kandungannya ialah kisah pantai-pantai indah yang terdapat di sepanjang pantai Negara;  ehwal pulau-pulau yang bertaburan di perairannya;   kisah dan cerita sejarahnya;   perusahaan-perusahaan kraf seperti songket,  batek,  sutera,  perak,  tembaga dan sebagainya;  hidangan makanan yang lazat yang terdapat di sini;   persembahan keseniannya,  dan pelbagai lagi.

Malaysia memang mempunyai banyak produk yang boleh dihidangkan kepada masyarakat pelancong.  Kita akan kenalpasti produk-produk yang teristimewa untuk mereka  -  produk-produk yang belum dipaparkan,  atau kisah-kisah sejarah yang tidak begitu diceritakan  - 'the untold stories',  yang sudah semestinya mempunyai nilai yang tinggi.



Di Kelantan terdapat dua jenis wayang kulit.  Pertama WAYANG KULIT KELANTAN (Siam) yang menggunakan bahasa Melayu loghat Kelantan dalam persembahan.  Ceritanya berdasarkan kepada epik Hindu Ramayana dan Mahabrata.  Kedua ialah WAYANG KULIT MELAYU (Wayang Melayu) yang menggunakan bahasa Melayu dalam persembahan dan berdasarkan kepada epik Hidu,  Mahabhrata (Pendawa Lima).  Tetapi Wayang Kulit Melayu (Wayang Melayu) telah terkubur ditelan arus masa dan yang tinggal kini ialah Wayang Kulit Kelantan (Siam) - satu-satu persembahan wayang kulit di Kelantan.

Wayang Kulit Kelantan dipercayai berasal dari daerah selatan Thai, Patani,  dan menjadi warisan seni budaya masyarakat Melayu Kelantan.  Ianya masih mendapat tyempat daslam persembahan seni budaya masyarakat Melayu Kelantan hingga ke zaman kini,  khasnya di kalangan generasi lama (tua).   Akan tetapi,  keseluruhan persembahan wayang kulit berkonsepkan pengaruh Hiduisme dan Animisme yang bertentangan dan bercanggah dengan cirri-ciri dan pola-pola syarikat Islamiah.  Contohnya,  struktur persembahan dan cerita-ceritanya yang dipetik dari epik Hidu,  Ramayana.  Justeru itu,  supaya ianya tidak bertentangan dengan cirri-ciri dan pola-pola syariat Islamian dan berkekalan sebagai seni budaya warisan Melayu Kelantan,  persembahan Wayang Kulit Kelantan (Siam)  diubah dan dipinda dengan membuat pendekatan dan versi baru bersesuaian dengan konsep Islamiah.



Sumbangan:
Arjuna @ Mohd Noor Yunus,
Presiden Persatuan Seniman Kelantan  (ARTIKA)


          Melancong merupakan satu aktiviti melawat dan mengembara ke tempat-tempat menarik di luar kawasan tempat tinggal biasa seseorang itu,  dengan tujuan untuk rekreasi dan bersantai.   Mengikut Pertubuhan Pelancongan Dunia  (World Tourism Organisation),  mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti ini dikenali sebagai 'pelancong'.

Hari ini pelancongan telah menjadi satu aktiviti global yang popular.  Dalam tahun 2006 sahaja,  jumlah manusia yang terlibat dalam aktiviti ini secara global,  le bih dari 800 juta orang.

Kepada banyak Negara di dunia,  pelancongan dianggap sebagai satu aktiviti penting,  yang dapat menjana jumlah pendapatan yang besar.   Secara langsung atau tidak langsung,  aktiviti ini telah memajukan pelbagai bidang industri sokongan iaitu seperti pengangkutan,  perhotelan,  perkhidmatan dan sebagainya.  Ini pula membuka banyak peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat Negara yang terlibat.

Mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),  pelancongan dikagtegorikan kepada tiga iaitu Pelancongan Domestik yang melibatkan mereka dalam satu-satu Negara itu hanya melancong ke tempat-tempat menarik di dalam Negara tersebut sahaja;  Pelancongan Inbound  (ke dalam) melibatkan mereka yang melancong ke satu-satu kawasan itu terdiri dari yang bukan warga Negara;  dan Pelancongan Outbound (ke luar) melibatkan warga satu-satu Negara melancong ke luar Negara mereka.

Hari ini industri pelancongan maju dan berkembang dengan pesatnya.  Telah pun diwujudkan program-program pelancongan yang khusus,  iaitu seperti PELANCONGAN KESIHATAN,  PELANCONGAN KREATIF,  PELANCONGAN LEISURE,  PELANCONG MUSIM SEJUK,  PELANCONGAN EKO,  PELANCONGAN PERUBATAN,  PELANCONGAN PELAJARAN,  dan banyak lagi.

Malaysia memang sedar peranan yang dapat dimainkan oleh industri pelancongan kepada kehidupannya.  Selain dari menjadi sumber untuk menambahkan pendapat Negara,  ia juga merupakan satu kaedah untuk kita berinteraksi dengan masyarakat dunia,   sambil dapat memperolehi ilmu pengetahuan,  dan bertukar pengalaman untuk kebaikan kita sendiri.


MELANCONG DAN PELANCONGAN
PULAU DAN PANTAI
Dunia moden yang membebankan manusia dengan pelbagai masalah kehidupan terutama pada masa kini dengan kenaikan harga minyak,  kekurangan bahan makanan dan cuaca yang tidak menentu,  menyebabkan kehidupan menjadi bertambah sukar dan tertekan.

Untuk keluar dari situasi ini,  manusia trutama dari kalangan masyarakat bandar,  bila mereka berpeluang,  mereka mencari tempat-tempat menarik,  tenang,  aman dan nyaman,  untuk berihat melepaskan penat lelah dan memulihkan mental yang sentiasa dibebani pelbagai masalah itu.

Pulau-pulau dan pantai merupakan salah satu kawasan peranginan yang popular sejak berzaman,  selain dari kawasan tasik,  tanah tinggi,  gunung dan hutan. 

NEGERI TERENGGANU umpamanya memiliki jaluran pantai yang panjang.  Tidak kurang 300 km,  dari utara hingga ke selatan.  Di sepanjang ini,  terdapat kawasan-kawasan yang dibangun dan dikategorikan sebagai 'spot' pelancongan yang menarik dengan pelbagai kemudahan  tempat-tempat penginapan dan juadah tempatan disediakan.

Di DAERAH BESUT,  di bahagian utana negeri ini,  terdapat kawasan peranginan Bukit Keluang yang menarik .  Ia berhadapan dengan jajaran  beberapa buah pulau dikenali sebagai PULAU PERHENTIAN.  Hanya dalam masa lebih kurang 20 minit,  dengan menaiki bot laju,  kita akan sampai ke sana.

Namun pernahkah saudara mengetahui bahawa pulau ini sebelum ianya menjadi sebuah pulau atau pusat peranginan,  suatu masa dahulu menjadi tempat tanaman cengkeh dan lada hitam secara besar-besaran.   Kesan perladangan ini masih terdapat hingga kini.

Kalau kita bergerak kea rah selatan pula,  menyusuri jalan pantai,  akan kita temui lagi satu kawasan peranginan pantai yang menarik.  Ianya terletak di DAERAH SETIU,   dan dikenali sebagai PANTAI MARANG.   Di pesisirannya terdapat resort-resort peranginan yang tidak jauh dari PULAU REDANG dan PULAU BIDONG.

Melalui halaman ini,  kita akan paparkan kelak keindahan pantai dan pulau-pulau di Negeri Terengganu.


Sumbangan:
HAJI AB TAIB ABDULLAH,
Kuala Terengganu.

KOTA GELANGGI

     Gua Kota Gelanggi merupakan gua batu kapur yang sangat menarik dan unik rekabentuknya. Ianya terletak dalam Daerah Jerantut di Negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya Dari Bandar Jerantut 27 km dan dari Pusat Bandar Jengka 20km. Kedudukannya yang bersebelahan dengan laluan utama yang menghubungkan Bandar Jerantut Jengka dan Maran. Gua Kota Gelanggi ini terletak dalam Mukim Pulau Tawar yang terkenal, kerana di situlah lahirnya pejuang  Negeri Pahang yang bernama  Mat Kilau,      Pulau Tawar juga  pernah  menjadi pusat Pentadbiran Kesultanan Melayu Pahang selepas kegemilangan Pusat Pentadbiran di Kula Lipis di suatu masa dahulu, Buktinya masih lagi terdapat Kesan Peninggalan istana di kampong Kubang Sekendal Di Pulau Tawar dan Tongkang Besar dikenali sebagai Lanchang Kuning yang pecah di Paya Kangsar,   Dipercayai kepunyaan Kesultanan dari Brunei yang ingin mudik ke hulu sungai Pahang.    Hubungan  rapat Kesultanan Brunei dengan penduduk kawasan ini dibuktikan dengan beberapa perkataan yang biasa  digunakan di sini terutamanya  penduduk di Ulu Tembeling, antara perkataan "Pat" yang bermaksud tiada,"Auk" yang maknanya "ya" atau "benar".
Semasa pendudukan Jepun di tanah Melayu,   Pulau Tawar juga di jadikan markas tawanan perang dan tempat dijatuhkan hukuman pancung.   Ini dibuktikan kerana rumah pasung dan tempat memenggal kepala masih lagi wujud ke hari ini di ampangan Sungai Salan.
Oleh yang demekian Gua Kota Gelanggi menpunyai kaitan yang sangat besar dalam sejarah Negeri Pahang dari sudut pemerintahan Raja melayu dan juga perjuangan bangsa Melayu menentang penjajahan Inggeris dan Jepun.
Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk di lawati kerana ianya seperti Kompleks yang terdiri daripada beberapa buah Gua.
Antaranya ialah Gua Tongkat,  Gua Angin,  Gua Batu Sanding,  Gua Kota Balai, Gua Cahaya Bulan,  Gua Penyu  dan   Gua Kelawar.   Apabila sampai di gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk.
Perihal gua-gua ini ada disebut di dalam buku Sejarah Melayu dengan sebutan Kota Kelangkio.   Dikatakan puteri Onangkio daripada Siam telah singgah di sini semasa mengikuti rombongan ke Pahang. Terdapat sebatang anak sungai berhampiran kawasan ini dinamakan Sungai Siam (Sungai Siang).   Terdapat dakwaan lisan daripada penduduk setempat bahawa gua ini boleh dihubungkan dengan negeri Pantai Timur iaitu Terengganu atau Kelantan atau Siam.  

Dakwaan ini berpunca daripada hubungan dengan Siam dan juga perihal Pahlawan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai.   Kerana terdapat satu lubang besar yang sangat dalam,  jika menjatuhkan batu kedalamnya tidak akan dengar lantunan dari batu tersebut.
Kedatangan anda ke Gua Ini akan disambut  dengan pintu gerbang yang tersergam indah iatu Gua Tongkat,   Bentuknya tongkat jelas kelihatan pada pintu gerbang tersebut yang menyerupai    Dua batang tongkat  yang terbut  dari satelitat dan juga satelitmat,   Terdapat jua kolam yang terbentuk di bawah batu yang mencuram dengan air yang jernih dan anak-anak ikan yang berenang ke sana-kemari, jiwa yang resah menjadi tenang apabila melihatnya.
Di Gua Tongkat ini juga telah ditemui kesan-kesan peninggalan pra sejarah, dengan terjumpanya tengkorak manusia yang berusia lebih 400 tahun yang di temui oleh Jabatan Arkeologi Universiti Malaya pada tahun 2003,   Di Gua Tongkat juga pernah dijadikan lokasi pengambaran Filem Melayu Iatu " Sumpah Semerah Padi".
Menyusur lagi jalan yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Jerantut,di sebelah kanan,terdapatnya Gua Angin,   Apabila sampai saja ke Gua angin,dapat dirasakan desiran angin yang menhembus menyapa muka,  mungkin itu sebabnya ia dikenalai sebagai Gua Angin.  
 
 
 
 
 


 
All Rights Reserved © Betamed ICT 2008
All Rights Reserved © Betamed ICT 2008
All Rights Reserved © Betamed ICT 2008
Bentuk Gua yang seperti sebuah cerobong kapal mungkin juga menyebabkan angin yang bertiup di atas puncak gua masuk kedalam,  kadangkala terdengar angin yang bertiup seperti kita menutup kedua-dua belah telinga dengan telapak tangan,   begitulah bunyi yang dapat digambarkan.
Pandangan kita akan terpegun apabila masuk saja Ke Gua Sanding atau lebih dikenali sebagai Kota Sanding bagi penduduk setempat.   Dapat dilihat seperti replika manusia yang bersanding,tetapi jika diamati dengan teliti seperti Raja yang sedang bersemayam ditahta dengan para pembesar dan dikawal sepeti balai penghadapan kerana terdapat seperti objek 2 orang manusia yang berdiri di pintu utama dengan memegang lembing, Mitos bagi keadaan ini pernah dijelaskan oleh seorang kepada penulis iatu Allahyarham Tokki Zaid pada suatu masa dahulu,    Kononnya Di Gua Sanding itulah tempat bersidangnya Raja dan para Pembesar Kerajaan Melayu Galanggio,  mereka semua menjadi batu kerana telah ditegur oleh Sang Kelembai.

Sebenarnya rangkaian gua-gua yang terdapat di Kompleks Gua Kota gelanggi dapat dijelajahi antara satu sama lain tanpa perlu keluar dari satu-satu gua,  ia sebenarnya berhubung antara satu sama lain,  tapi adalah jalan rahsia,dah rahsia itu sukar dibongkarkan kerana mereka yang tahu enggan membongkarkan rahsia tersebut,  Penulis berkesempatan mengikuti mereka yang mahir dalam selok belok dalam gua ini.   Mereka terdiri dari Allahyarham Teh anak kepada Allhyarham Tokki Zaid, Allahyarham Wan Alifshah yang menpunyai hubungan rapat dengan Kesultanan Melayu Pahang dan seoarang lagi yang masih hidup yang menpunyai pertalian darah dengan Pawang Noh yang terkenal di Ulu Cheka.   Mereka inilah yang memang mahir mengenai Gua Kota Gelanggi dan selok beloknya.
Cerita yang ditulis ini ini adalah pengalaman dan pengetahuan penulis mengenai Gua Kota Gelanggi dan ianya dari mulut ketiga-tiga insan istimewa yang rapat dengan penulis.    Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayahanda Teh dan Almarhum Ayah Wan.
Ikuti perkembangan cerita mengenai Gua Kota Gelanggi yang akan dikemaskini kemudian dalam Betamedonline...sekian.

DIKIR BARAT ialah salah satu jenis persembahan hiburan yang paling popular dalam masyarakat Melayu Kelantan.   Dalam istilah masa kini,  Dikir Barat adalah suatu teater tradisional yang paling popular yang digemari oleh masyarakat Melayu Kelantan sejah tahun 1930-an hingga kini.   Umumnya, Dikir Barat tidak sapertimana teater tradisional lain,   ianya lebih popular di kalangan masyarakat biasa di desa-desa,  terutama masyarakat petani dan nelayan.
Dari segi bahasa,  perkataan dikir adalah hasil kombonasi dua perkataan,  iaitu dikir dan pantun,  atau dikir dan karut.  Karut dipetik dari istilah mengarut dalam bentuk puisi,  pantun  dan  syair.   Dikir Barat ialah dikir karut,  dikir pantun dan syair.   Dalam pada itu,  di Kelantan ianya lebih dikenali dengan panggilan Dikir Barat.  Manakala perkataan Barat yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah wilayah-wilayah di Selatan Thailand,  iaitu Narathiwat,  Yala,  Patani  dan Songkhla.  Ini bermakna Dikir Barat berasal dari wilayah Selatan Thailand.

Mengikut catatan sejarah,  Kelantan mempunyai hubungan yang rapat dengan wilayah-wilayah di Selatan Thailand,  iaitu hubungan persaudaraan,  persahabatan  dan  perdagangan.   Dengan ini tidak hairanlah masyarakat wilayah-wilayah Selatan Thailand dan Kelantan sering berulangalik.  Contohnya,  pada tahun 1931,   Pak Sa yang berasal dari Pulau Kerengga,  Wilayah Narathiwat telah ditahan di Kelantan kerana perbuatan menyeludup masuk ke Kelantan.  Selepas setahun menjalani hukuman penjara,  Pak Sa menetap di Kelantan dan mengembangkan Dikir Barat kepada masyarakat Kelantan.    Antara anak muridnya ialah Mat Salleh bin Ahmad dari Kampung Tapang yang dikenali dengan panggilan Mat Leh Tapang, dan Jaafar dari Kampung Wakaf Mek Zainab yang dikenali dengan panggilan Jaafar Wakaf Mek Zainab.   Dari mereka inilah kemudiannya lahirnya Seman Wau Bulan,  Hussin Gelang Emas (Alur Kuan),  Wahid Berek 12,  Dolah Kulat Malam,  Awang Ikan Duyung,  Duniya,  Ariffin Ana,  Yusuff Kelong,  Che Daud Bukit Abal,  Salleh Jambu  dan  lain-lain serta penyanyi-penyanyi wanita saperti Nik Nab dan Natrah Gula Batu dan lain-lain lagi.

Dikir Barat semakin berkembangan di Kelantan dengan penghijrahan tokoh Dikir Barat yang terkenal dari Selatan Thailand (Patani)  iaitu Pak Ku Mat Tani (Tengku Muhammad)  dari Patani  dan menetap di Kampung Sering,  Bachok pada tahun 1960-an.   Ekoran itu,  persembahan Dikir Barat di Kelantan semakin popular dengan kedatangan tukang karut dari Selatan Thailand mengarut (berdikir) di Kelantan saperti Mat Yeh,  Sudin Kecik,  Deraman Anak Keli  dan Latif Jani pada tahun 1970-an.

Persembahan Dikir Barat mendapat tempat dan semakin polupar dalam masyarakat Kelantan dengan munculnya tokoh-tokoh saperti Dollah Tok Deh,  Mail Gunung Ganang,  Mail Baju Jarang,  Tok Wan Hassan Gula Batu,  Badol,  Zul Wisma,  Jali Kain Batek dan lain-lain.

Selepas itu muncul pula tokoh yang masih aktif sehingga kini saperti Megat Nordin,  Mat Gelemur,  Zin Andoro,  Cikgu Nain,  Cikgu Suzili,  Halim Yazid,  Meli Mahligai,  Jimy Bukit Marak,  Nor Kassturi,  Awang Laksamana (bangsa Cina),  Pak Nik Man Cok Cangkol,  Fandi Ayam Serama,  Zaidi Buluh Perindu,  Sroji Seri Pulung,  Ku Johan Pak Ku Mat,  Pak Ku Kamal,  Nasir Tanah Merah,  Jimi Cili Padi,  Ngah Umar (Salleh Kok Keli),  Rozi Keman Berduri,  dan lain-lainnya.

Dikir Barat dipersembahkan sebagai persembahan atau pertandingan yang biasanya diadakan selepas musim menuai padi dan di majlis-majlis perkahwinan dan berkhatan,  berfungsi sebagai hiburan menghilangkan penat lelah bekerja seharian.    Selain dari itu,  persembahan Dikir Barat juga diadakan bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung pertubuhan atau persatuan kerajaan dan bukan kerajaan saperti pertubuhan belia ddan sebagainya.

Satu kumpulan Dikir Barat biasanya terdiri dari 15 hingga 20 awak (pendikir atau penurut) ,  empat orang pemuzik,  iaitu gendang ibu,  gendang anak,  gong atau tawak,  dan canang (sekarang ditambah dengan rumba, tamborin dan apa sahaja yang difikirkan sesuai),  seorang juara atau tok jogha dan seorang tukang karut dan penyanyi.    Tukang karut akan mengarut (berpantun/bersyair) secara spontan.

Pada tahun 1970-an,  persembahan Dikir Barat dimulakan pada jam 10 atau 11 malam dan tamat pada jam 5 pagi (sebelum Subuh) di padang-padang atau sawah padi dengan pentas khas.

Akibat perubahan masa dan kemajuan manusia dalam sains dan teknologi,  Dikir Barat telah diubahsuai mengikut naluri dan emosi penggiatnya sehingga nilai keaslian mulai malap.   Contonnya ia diadakan di dewan-dewan khas dengan kelengpan dewan yang serba canggih seperti sistem lampu,  sistem audio dan berhawa dingin.   Penonton tidak lagi berembun dan besila di atas rumput.

Walau bagaimanapun kita begitu bangga kerana Dikir Barat mendapat tempat dalam masyarakat masa kini,  bukan sahaja masyarakat Kelantan,  malah masyarakat di luar Kelantan saperti Selangor,  Kuala Lumpur dan lain-lain,  dan kekal menjadi warisan seni budaya masyarakat Kelantan.

Sumbangan:
Arjuna @ Mohd Noor Yunus,
Presiden Persatuan Seniman Kelantan (ARTIKA).


WAYANG KULIT  merupakan satu bentuk  teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang.  Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh DALANG dengan iringan paluan gendang,  gedombak,  geduk,  kesi,  canang,  gong  dan tiupan serunai dalam pelbagai melodi dan rentak.
JADUAL AKTIVITI PELANCONGAN
OGOS - DISEMBER 2008

TARIKH
AKTIVITI
LOKASI

Ogos 12 - 29

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Malaysia

Putrajaya
Ogos 22 - 24

The Kelantan Royal Equastrian Competition


Gunong,  Bachok, Kelantan.

Ogos 22 - 24

Cabaran Eco Sungai Sedim

Sungai Sedim, Kedah


Ogos 22 - 25

Ekspedisi Tasik Bera dan Tasik Chini


Tasik Bera dan Tasik Chini, Pahang

Ogos 23 - 30

Cabaran Kapal Layar Borneo Antarabangsa (BIYC)

Labuan


Ogos 23 dan 24

               

Pertandingan Dikir Barat ASEAN

Foyer Stadium, Kota Bharu, Kelantan.

Ogos 23 - 24
       
Pendakian Antarabangsa Gunung Kinabalu ke 22 TN 2008

Kota Kinabalu,  Sabah

Ogos 26 - 29
       
Festival & Simposium Gamelan Sedunia 2008
Kuala Terengganu, Terengganu
Sept 8  -  10
Cabaran Antarabangsa DiRaja Pahang Billfish
Rompin, Pahang

Oktober 13 - 17

Malaysian Coral Reef & Its Impact to Tourism Conference
Kuala Trengganu, Terengganu

Oktober 11
       

Pertandingan Memancing Kebangsaan.

Perdana Resort, PCB,Kota Bharu,  Kelantan

Oktober 18
       

ASEAN Bantam Chicken Beauty Contest

Gelanggang Seni Kelantan, Kota Bharu

Oktober 25        
       
ASEAN Bird Singing Contest (Ketitir & Tekukur)

Lubok Jong,  Pasir Mas, Kelantan

November  1        
       

Loy Krathong Festival

Tumpat,  Kelantan

Nov 1 - 30


Festival Makanan Antarabangsa Malaysia

Seluruh Negara

Nov 1 - 8

Rali Kapal Layar Darwin-Bali PD-Langkawi

Port Dickson, Negeri Sembilan.
Langkawi, Kedah.


Nov 7  -  9
       

Kejohanan Dunia Lumba Kuda FEI 2008.

Lembah Bidong,  Merang, Setiu, Terengganu.

Nov. 8 - 9        
       

Eco Challenge Taman Negara

Gunung Tahan, Pahang

November 9


Powerman Malaysia

Lumut, Perak.

Nov 14 - 16


Siri Kejuaraan Dunia Paintball Asia 2008

Kuala Terengganu, Terengganu

Nov 28 - 30


Festival Muzik Tarian Pulau Langkawi 2008
       

Langkawi, Kedah

Disember  8
       

Hari Peringatan Perang Dunia Kedua

Kota Bharu,  Kelantan.

Disember 4
       

Festival Jazz Pulau Pinang

Batu Feringgi,  Pulau Pinang

Dis. 5  -  14        

       

Terengganu International 4WD Rainforest Challenge 2008.

Chukai-Pasir Raja-Tasik Kenyir-Kuala Trengganu


Sumbangan:

Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan
Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu


1.        HOMESTAY KAMPUNG RENOK BARU

       Lokasi:   RKT Renok Baru,  18300 GUA MUSANG,  Kelantan.


2.        HOMESTAY KAMPUNG BLOK ULU KUSIAL

       Lokasi:        Kampung GDW Blok Ulu Kusial,  17500 TANAH MERAH,  Kelantan


3.        HOMESTAY KAMPUNG PANTAI SURI

       Lokasi:        Kampung Pantai Suri,  16200 TUMPAT, Kelantan.


4.        HOMESTAY KAMPUNG BUKIT JERING

       Lokasi:        Kampung Bukit Jering,  Kuala Balah,  17610 JELI,  Kelantan.


5.        HOMESTAY KAMPUNG LAKLOK PANYIT

       Lokasi:        Kampung Laklok Panyit, 18500 MACHANG, Kelantan



Sumbangan:

Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan.        

SENARAI LOKASI PROGRAM HOMESTAY
DI NEGERI KELANTAN

BMI TV             PRODUK DESA              PORTAL BERITA            BMI RADIO          DEWAN KENAMAAN
TOP

KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM.

Dipetik dari buku 'Kota Bharu Bandar Raya Islam' (Kota Bharu Islamic City),
Terbitan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam.


Bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam yang menjadi ibu kepada Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) telah diasaskan oleh Sultan Muhammad Ke II,  atau nama sebenarnya Tuan Senik Mulut Merah,  pada tahun 1844 di sebelah timur Sungai Kelantan,  bermula dengan pembinaan istananya yang dinamakan Istana Balai Besar,  sebagaimana yang ada sekarang.

Pemilihan kawasan tinggi di sebelah timur Sungai Kelantan oleh Baginda berikutan Istana Lama yang didirikan di Pulau Saba,  yang terletak di sebelah barat sungai tersebut selalui ditenggelami air apabila banjir dan pulau berkenaan runtuh sedikit demi sedikit pada setiap tahun,  sehingga membimbangkan Baginda.

Ekoran dari itu,  Sultan Muhammad Ke II telah memilih satu kawasan pendalaman di timur Pulau Saba dan Kebun Mengsete untuk didirikan sebuah kota yang baru dan pembinaan kota tersebut telah bermula pada tahun 1844 Masihi,  yang dinamakan Istana Balai Besar.

Setelah kota itu siap dibina,  baginda pun berangkat dan bersemayam di kota berkenaan yang dikenli dengan nama Kota Bharu,  dan bermula dari situlah,  Bandar Kota Bharu mendapat nama Kota Bharu, mengambil sempena kota dan istana yang baru dibina itu.

Bermula dari tarikh tersebut Bandar Kota Bharu berkembang menjadi pusat pemerintahan serta pentadbiran dan ibu Negeri Kelantan sehingga ke hari ini.

Bagaimana pun apabila berlaku kekeliruan kerana nama istana itu dipanggil 'Kota Bharu' yang juga nama bagi ibu Negeri Kelantan,  Sultan Muhammad Ke II menitahkan supaya istana Kota Bharu itu ditukar nama kepada Istana Balai Besar.

Dengan terdirinya Istana Balai Besar dan Bandar Kota Bharu dalam tahun 1844 Masihi itu,  rakyat mula mendirikan rumah dan kampong halaman mereka di sebelah hilir dan hulu kawasan Buluh Kubu atau Dalam Kubu yang letaknya berhampiran Istana Balai Besar sehinggalah lama kelamaan menjadi perkampungan yang besar.


Di zaman permulaannya,  Kota Bharu merupakan sebuah Bandar yang kecil serta sempit kawasannya yang hanya didiami antara 3,000 - 5,000 orang sahaja.  Manakala kawasan penting dan yang paling padat penduduk pada zaman permulaannya ialah di kawasan hilir Bandar Kota Bharu dikenali dengan nama Kampong Masjid dan Kubang Pasu atau Balik Hilir.

Turut menjadi tumpuan kepadatan penduduk di kawasan hulu yang merangkumi Jalan Haji Cik Su (Kampong Gajah Mati) dan Jalan Tok Hakim di tengah-tengah pusat Bandar Kota Bharu sekarang.

Bagaimana pun pusat perniagaan dan Pasar Kota Bharu pada asalnya terletak di pinggir Sungai Kelantan iaitu di sekitar Taman Sekebun Bunga (di sebelah hilir Bangunan Panggung Lido).

Apabila satu pentadbiran baru diasaskan pada tahun 1903 hasil perjanjian Inggeris dengan Siam pada tahun 1902,  Bandar Kota Bharu mula berkembang dengan majunya di mana menerusi perjanjian berkenaan,  Kerajaan Inggeris dan Siam telah bersetuju meletakkan negeri Kelantan di bawah naungan Siam tetapi ditadbirkan secara Sistem Penasihat (Advisory System) oleh dua orang pegawai Inggeris iaitu seorang daripada Perkhidmatan Awam Siam sebagai Residen dan Pesuruhjaya Tinggi Siam di Kelantan,  manakala seorang lagi dari Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai Penolong Residen dan Pesuruhjaya Tinggi.

Ekoran dari itu,  pada 25 Julai 1903 William Armstrong Gaham dan H.W. Thomson tiba di Kota Bharu dari Bangkok untuk memegang jawatan Residen dan Penolong Residen Inggeris bagi Pentadbiran baru di Negeri Kelantan yang dikenali dengan nama Pentadbiran Graham.

Pentadbiran Graham ini hanya dapat bertahan selama 7 tahun sahaja apabila Negeri Kelantan telah diserahkan kembali kepada Inggeris oleh Siam melalui Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909.

Ketika negeri Kelantan ditadbir oleh Inggeris,  Bandar Kota Bharu terus berkembang maju secara beransur-ansur dan pada tahun 1912 Masihi sebuah cawangan bank iaitu Mercantile Bank telah dibuka di Bandar ini terletak di sebelah hilir Padang Merdeka.

Tapak bangunan bank itu asalnya tapak rumah milik Nik Yusof Nik Abdul Majid bergelar Datuk Seri Paduka yang menjadi Menteri Besar Kelantan antara tahun 1894 hingga 1900 Masihi.


Dalam tempuh 7 tahun pentadbiran Inggeris di negeri Kelantan,  banyak perubahan berlaku seperti penubuhan Mahkamah-Mahkamah Rendah, Tengah dan Tinggi.  Pada tahun 1916 pula tubuhnya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,  pembinaan Penjara,  Balai Polis  dan  Pejabat Pos.

Dalam bidang perubatan pula,  sebuah hospital telah didirikan di hadapan bangunan MPKB-BRI sekarang bagi mengganntikan hospital lama yang terdapat di Jalan Atas Banggol  (Kawasan Kilang Macis di kampong Sungai Keladi sekarang).

Pada tahun 1907 pula,  sebuah pasar besar telah dibina di  kawasan Taman Sekebun Bunga tetapi malangnya pada tahun 1927 pasar tersebut telah terbakar dan ekoran dari itu sebuah pasar baru telah dibina berhampiran Stadium Sultan Muhamad  IV sekarang.

Semasa pemerintahan Sultan Ismail ibni Sultan Muhamad IV  (1920 - 1944) pembangunan Bandar Kota Bharu sekali lagi mengalami perubahan yang pesat melalui pembinaan Masjid Besar Kota Bharu,  Hospital Besar Kota Bharu di Jalan Hospital sekarang,  penggunaan bekalan elektrik dan pembinaan Pasar Kubang Pasu.

Penggunaan bekalan elektrik sepenuhnya bagi Bandar Kota Bharu bermula  dalam tahun 1926 yang dibekalkan oleh sebuah jentera bersaiz sederhana yang ditempatkan di sebuah bangnan di Jalan Tok Hakim berhampiran dengan Pasar Besar Kota Bharu (kini dikenali dengan nama Arked MPKB).

Manakala pada tahun 1929 Hospital Kota Bharu yang dikenali dengan nama Hospital Umum Kota Bharu mula dibina di Kampong Padang Garong berhadapan dengan Pejabat Tanah dan Pejabat Jajahan Kota Bharu sekarang.

Pasar Kubang Pasu pula siap dibina pada tahun 1932 di satu kawasan paya di Kampong Kubang Pasu.  Bangunan pasar ini asalnya ialah bangunan pasar di Kampong Machang yang dipindahkan ke Kubang Pasu.

Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1935 bekalan air paip mula dibekalkan di Bandar Kota Bharu.  Sebelum itu penduduk-penduduk Bandar Kota Bharu terpaksa menggunakan air dari perigi atau telaga masing-masing dan air Sungai Kelantan untuk urusan harian mereka.


Akan bersambung ….