Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 


        UTAMA                                  DEWAN KENAMAAN            MERDEKA51
BETAMEDONLINE
BMI TV             PRODUK DESA              PORTAL BERITA            PELANCONGAN          BMI RADIO
PERSONALTI  MENARIK

Personaliti Menarik pertama yang kita beri tumpuan dalam Halaman ini ialah DATUK HASSAN HARUN.

Berusia 63 tahun,  beliau dilahirkan di Kampong Gong Dermin,  Kota Bharu, Kelantan.

Pendidikan awal beliau ialah di Sekolah Rendah SIS,  Pasir Mas,  dan kemudian mengikuti pendidikan menengah dan pra-universiti di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu,  Kelantan.

Pendidikan universiti:

"        B.A. (Hons),    Universiti Malaya. 
"        Master in Management,   Asian Institute of Management (AIM), Manila.
"        Japanese Management,  Institute of International Studies and Training, Fujinomiya,Japan.


Anugerah Pendidikan / Pengurusan:

"        Triple 'A' Award,    Asian Institute of Management,  Manila.
"        Doctor of Business Administration (Hon),  International Management Centre,  United Kingdom.
"        Doctor of Management (Hon),  Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
"        Doctor of Education (Hon),  Universiti Tun Abdul Razak.

Sebagai pengamal pendidikan sepanjang hayat,  Datuk Hassan Harun kini merupakan seorang calon Ph.D dalam bidang pendidikan di sebuah universiti tempatan.


Pengalaman:

Datuk Hassan terlibat di dalam bidang pendidikan,  politik,  keusahawanan  dan  pengurusan semenjak tahun 1960-an.  Beliau mulai kerjayanya sebagai guru sementara pada tahun 1964 selepas tamat pengajian menengah.   Beliau tidak pernah bekerja dengan kerajaan.

Pada umur 23 tahun,  beliau memulakan perniagaan sendiri dengan menubuhkan Institut Pendidikan,  Akademi Kenali dan Kumpulan Maktab-Maktab Adabi di seluruh Malaysia.   Sekarang jenama 'ADABI' diabadikan sebagai jenama produk pengguna yang terdapat di merata pasaraya dan kedai runcit seluruh Negara.  Jenama baju sekolah 'CANGGIH' adalah ilham dan ciptaannya juga.

Selain daripada itu,  beliau mengasaskan Institut Teknologi Tun Abdul Razsak dan Universiti Tun Abdul Razak,  sebuah universiti on-line pertama di dunia.   Beliau juga mengadakan program kembar pertama di Malaysia dengan sebuah universiti luar Negara iaitu di antara Universitas Nasional Indonesia dengan Institut Pengajian Tinggi Adabi pada tahun 1986.

Di dalam perniagaan,  beliau telah bertanggungjawab untuk memulih,  membina  dan  memajukan sebuah koperasi  sehingga ianya tersenarai di Bursa Saham Malaysia,  iaitu KUB Malaysia dengan modal berbayar RM 570 juta dan jualan meningkat hingga RM 850 juta setahun.

Dalam politik,  beliau telah menjadi ahli UMNO semenjak tahun 1964,  dan pernah menjawat pelbagai jawatan,  termasuk 11 tahun sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia,  serta menjadi Senator sepenggal.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai ahli politik,  perniagaan,  pendidik  dan  diplomat,  beliau telah melawat sebanyak  60 buah Negara  dan  147 bandar besar di dunia.


Jawatan sekarang:

Sekarang Datuk Hassan Harun ialah Pengetua,  Wadi Sofia College.

Pengerusi Tetap,  UMNO Cawangan Sri Bongor Kubang Kerian,  Kota Bharu, Kelantan.

Kini beliau dilantik menganggotai 'Focus Group' Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia sendiri, untuk menkaji serta menyelaras pelaksanaan pembangunan modal insane dan mencadangkan dasar serta strategi pengukuhan modal insane, kepada Majlis Penasihat Kabangsaan mengenai pendidikan dan latihan. 


All Rights Reserved © Betamed ICT 2008

TOP